Seramai 20 remaja termasuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ditahan ketika leka menari dalam parti liar yang diadakan di sebuah bilik hotel di sini, awal pagi semalam. Semua remaja yang datang dari Kuala Lumpur dan Selangor itu, menyewa bilik berkenaan dengan kadar RM1,800 satu malam dan mula mendaftar masuk pada jam 8.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menerima aduan dan maklumat daripada orang awam dan menjalankan serbuan pada jam 1.50 pagi. Khayal hisap dadah
Katanya, ketika serbuan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, sebahagian daripada 13 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, berada dalam keadaan khayal dipercayai kerana menghisap dadah.