Post by DarkEmperor on Jun 10, 2014 8:50:26 GMT 8
fuhhh biar betol neh?? lol...
aku dah lama tak bace blog dia and tak follow twitter dia...
www.skmm.gov.my/Media/Press-Releases/MCMC-Pengguna-Twitter-Hina-Agong-Didakwa-Di-Mahkam.aspx?feed=Media-RSS-Feed

MCMC: PENGGUNA TWITTER HINA AGONG DIDAKWA DI MAHKAMAH
CYBERJAYA, 9 Jun 2014 --- Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah
didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komenkomen
jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan
komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak
mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan
menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A
Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.
Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@izransalleh @norfaiz they have a point.
Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.
Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put
him on a tandu?” di laman dan
pada 1 Jun 2013 lalu.
Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang
memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun
atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan
bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada
prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.