Shah Alam: Seorang wanita menanggung hutang dan kehilangan wang simpanan RM15,000 selepas ditipu ‘kekasih’ yang berjanji untuk mengahwininya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amira, 25, mendakwa mengenali bekas kekasihnya itu melalui laman sosial Facebook pada Disember tahun lalu. Katanya, lelaki berkenaan mendakwa berasal dari Sarawak dan pernah bekerja sebagai anggota penguat kuasa. “Dia mendakwa sebagai duda dan datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai.
“Kami berkenalan di Facebook dan selepas enam bulan, kami bertemu buat pertama kali di sebuah pasar raya di Klang. “Selepas tiga kali bertemu, dia mengajak saya berkahwin dan saya setuju.
Buat pinjaman peribadi
“Dia meminta saya membuat pinjaman peribadi kerana dia tiada pekerjaan tetap.
“Saya ikutkan kerana sayang dan kami beli cincin serta barang perkahwinan bersama,” katanya kepada pemberita.
Post by morpheuzneo on Jun 10, 2014 18:30:47 GMT 8
macam pernah dengar aje cerita macam ni.., hmm.. gini laa kesian gak kadang orang perempuan ni. tgk orang ada janggut sikit.. di sangka ustaz.., setad.. setad di panggil nya.. , rupanya.. start motor amik duit kau.. lari!
tgk orang pakai kereta besar sikit.., dah pasang angan-angan... wah kaya abang ni.! dia tak tau .. kereta tu hasil dari awek dulu yg dia tipu.. dan dah 4 bulan tak bayar bmw lama tu! masuk aje awek baru.. Yang.. bak duit tolong bayar kereta abang.! tokono lagi kau..!
tapi yg paling mudah kene kelentong kt FB lah! post gambar kipas duit sikit., letak status - saya dah kemenara, anda bila lagi? anda ada? - udah terasa terapung-apung dah nak berkapel dgn yg kipas duit tu., baru letak gmbar yg dah photoshop berlapis2.. dah angau malam tak tidur dah..
hmmm.. donia.. donia.
baik laa.. cari yg kenal kt dunia nyata.. bagi laa masa kenali hati budi masing2..., test drive dulu.. bawk pegi jumpa mak bapak dulu.., tgk ada serasi ke tak.., istikharah dulu.. sampai hati rasa tenang .. baru laa buat keputusan..
ini bukan cerita sehari.. tapi kalau boleh sampai ke akhir hayat .. ye dak yop?
lawa ke tak lawa.. di mata orang lain.. peduli apa., janji hati kau senang.. tenang.. takde serabut balik rumah.. itu lagi penting apa.. , kan?
Alahai... Dah tau xda duit xda pekerjaan.. Xyah la buat majlis dulu. Akad nikah ja cukup.. Kenduri tu nanti2 la. X wajib pun. Kalo betul nak kenduri juga jgn la kahwin dulu.
Perempuan ni naive sgt. Nak kata bodoh kasar sgt pula bahasa tu. Dah terang terang lelaki ni x leh pegang tanggung jawab sbgai suami, nak kahwin pun mengharapkan duit perempuan. Kalo sama2 contribute xpa la. Ni Siap buat loan lagi tu. Dah lah x kerja. Itu la yg di nama kan ikut rasa binasa.. Cinta la sgt. Ikut rasa syg la sgt. Bullshit semua tu.
So, sama2 la kita jadikan pengajaran dari pengalaman dia ni.