Kuala Lumpur: Kecewa tidak dibelikan telefon pintar, seorang pelajar menipu keluarganya dengan mendakwa diculik lima lelaki sebelum berjaya menyelamatkan diri dari Bukit Tinggi, Klang, Jumaat lalu.
Difahamkan, remaja 15 tahun itu memberitahu keluarganya dia diculik selepas tamat kelas tambahan di sekolahnya, sebelum dibawa ke satu kawasan perumahan di Klang oleh lima penculik bertopeng menggunakan sebuah kereta. Buat laporan palsu
Sumber polis memberitahu, tembelang pelajar itu terbongkar ketika dia yang ditemani keluarga datang membuat laporan di Balai Polis KL Sentral di sini. “Hasil soal siasat yang dijalankan pegawai polis mendapati pelajar itu berbohong dan membuat laporan palsu.
“Pelajar itu memberitahu keluarganya dia diculik dengan harapan mereka akan bersimpati dan membelikannya telefon pintar seperti dihadiahkan kepada abangnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.