Askar wanita terselamat daripada jadi mangsa rogol lelaki ceroboh bilik
Kuching: Seorang anggota tentera wanita yang tiba-tiba tersedar daripada tidurnya selepas berasa seluar panjang dipakainya ditarik sesuatu, berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke biliknya, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di sebuah kuarters di kem tentera di Kota Sentosa, di sini, ketika mangsa yang berusia 23 tahun sedang tidur di biliknya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terjaga terlebih dulu selepas berasa ada seseorang menggunting sebelum menarik seluar panjang dipakainya.
tetiba ada kisah baru kat sarawak. tapi kat Miri plak mungkin daripada penggunting yang sama
Gunting seluar mangsa
Miri: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memakai penutup muka di bilik tidurnya sebelum menakutkan mangsa dengan menggunting seluar dipakainya dalam kejadian pecah rumah di Taman Perumahan Quadruplex di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.55 pagi, suspek turut bertindak ganas apabila menumbuk dahi mangsa berusia 20 tahun menyebabkan wanita itu hanya mampu tergamam dan menggigil ketakutan.
Difahamkan, mangsa tidur bersendirian dalam biliknya.
Katanya, akibat terlalu panik mangsa hanya mendiamkan diri manakala suspek mengugut supaya tidak berbuat apa-apa sambil memegang gunting. “Suspek tiba-tiba menghampiri mangsa di katil sebelum menggunting seluar dipakai.
“Sebaik selesai menggunting seluar mangsa, suspek menumbuk dahi wanita itu sebelum melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya.
Menurutnya, sebaik suspek melarikan diri, mangsa bergegas mengejutkan ibunya memaklumkan kejadian itu.
“Beg tangan ibu mangsa mengandungi dokumen pengenalan diri dan pelbagai kad bank dilarikan suspek,” katanya.