memandangkan kita harus tolong menolong dan bantu membantu sesama insan jadi mari kita bantu artis yang meminta bantuan ini
aku dah bukak poll, boleh la korang undi
Wow. Memang tak sangka perkara sebegini akan dikongsikan oleh selebriti tempatan di akaun media sosial. Seram jugak takut terend sebegini akan menular kepada selebriti-selebriti lain. Kalau Maria Farida tak apalah lagi sebab dia kan “hot mom”. Sukar juga untuk membantu Maria Farida memilih bikini yang paling sesuai untuk dirinya. Rasanya semua pun sesuai kot. Hehehe.
Yang mana satu paling sesuai untuk Maria Farida pada pandangan anda? Memang sukar keputusan yang perlu dibuat oleh Maria Farida sehingga terpaksa berkongsi permasalahannya ini di Instagram.
^ maksudnye yang pink tu One Piece yang lain2 kaler tu 2 piece
Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.
Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.
“Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.
“Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal,” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.