Rompin: “Saya masih ingat ketika buaya itu membaham kaki kiri. Amat mengerikan dan membuatkan saya mahu mencari rumah lebih selamat bagi mengelak kejadian itu tidak berulang,” kata pencari udang galah, Ewa Judak, 30, mangsa serangan buaya di Sungai Rompin dekat sini, malam Sabtu lalu.
Ewa berkata, dia bersama isteri, Norashikin Rantau, 16, menumpang di rumah ibu mentuanya di Kampung Deraman buat sementara waktu sehingga kecederaan kakinya pulih sebelum mencari rumah baru yang jauh dari sungai.
Katanya, dia kini amat bimbang untuk ke Sungai Rompin kerana dibimbangi akan dibaham buaya.
“Saya juga akan menukar pekerjaan kerana tidak mahu lagi bertembung dengan buaya, terutama isteri mengandung tiga bulan anak pertama. Lebih baik saya cari rumah dan pekerjaan lebih selamat.
EWA menceritakan detik cemas dibaham buaya. Gambar kecil, keadaan kaki mangsa yang dibaham buaya. gambo gory 18sx. jangan tekan
“Ada penduduk kampung memberi amaran berhati-hati kerana pernah melihat buaya tahun lalu, namun saya anggap ia perkara biasa dan tidak membahayakan,” katanya, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, semalam.
Menceritakan kejadian kira jam 8.30 malam itu, Ewa yang tinggal di rumah rakit berhampiran Kampung Tebu Hitam, dekat sini, berkata dia mandi seorang diri di sungai berkenaan apabila berasa kaki kirinya digigit sebelum menyedari ia buaya.
“Saya juga akan menukar pekerjaan kerana tidak mahu lagi bertembung dengan buaya, terutama isteri mengandung tiga bulan anak pertama. Lebih baik saya cari rumah dan pekerjaan lebih selamat.