Artis naungan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Johan Asari dan Kaka Azraff kecewa dengan tindakan Pengarah Urusan syarikat itu, Zizan Razak membekukan akaun syarikat berkenaan sejak 4 Jun lalu yang mengakibatkan mereka tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei.
Johan ketika dihubungi menyifatkan tindakan Zizan itu sebagai penindasan terhadap mereka. Difahamkan Zizan bertindak demikian akibat masalah yang dihadapi bersama seorang lagi rakan kongsinya. Selain Johan dan Kaka, seorang lagi artis di bawah naungan syarikat itu ialah Cha Cha Maembong. Johan berkata, kerana tidak memperoleh pendapatan, dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan ibunya di hospital. UPDATE-1: Zizan Razak memuatnaik status dibawah ini melalui akaun Twitter beliau.
“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini,” katanya. Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru.
“Sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,” katanya. Dalam pada itu, Kaka berkata, perkara itu memberi kesan kepada kewangannya.
“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” katanya.
Kedua-dua artis terbabit bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.
UTUSAN MALAYSIA — Pengarah Urusan Wireframe Entertainement, Sdn.Bhd, Marina Juki hari ini meminta rakan kongsinya, Zizan Razak mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan dirinya menyeleweng duit syarikat pengurusan mereka.
Marina berkata, berdasarkan laporan audit yang dikeluarkan oleh juru audit, Azman Karim, laporan akaun dari tahun 2011 hingga 2013 tidak menunjukkan sebarang penyelewengan akaun. Apa cerita?
Nampaknya kisah ini ada update. Zizan nampaknye macam ada problem dengan rakan kongsi dia kat Wireframe tu.
So, summary yang aku dapat kat sini (1) gaji diorang tak masuk sebab Zizan bekukan akaun (2) zizan memang ada problem dengan kompeni dia sendiri, iaitu WFE, dan juga rakan kongsi kompeni dia.
Emma punca kemelut Zizan-Marina? AQMAR MUSTAZA 27 Jun 2014
KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.
Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.
Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.
Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.
Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.
Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.
Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.
Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.
"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.
"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.
"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.
Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.
Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.
"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.
"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.
"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.
"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.
Selesai cara baik
Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.
Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.
"Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.
"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.
"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya.
Post by Purple_Rose on Jun 27, 2014 10:19:31 GMT 8
biasa la kalau bisnes ni.... nak cari yg betol2 business partner ni mmg payah bila kompani tu generate $$ yg tinggi... nanti ade yg dengki...mula nak tikam belakang.... biasa la ni....