My cousin. He's 22 years old, fully grown man but unfortunately the day before Ramadhan something unthinkable happened. He was kidnapped by 3 Indians in broad daylight at Putra Mahkota Petronas, nearby to our houses. This is the story.
Around late noon after fueling up his car, he parked besides Mesra to go to the washroom. An Indian guy came up to him asking him for a favour to look after his friend in the van. Being a good samaritan as he is, he did so. At that moment, he was shoved in to the van and by the time he gained consciousness, he find himself tied. Fortunately alhamdulillah, he managed to escaped and he ran to the nearest building he could find which was the fire station. They then called the police and my uncle. He was found in Bentong, Pahang and apparently according to the police the road where they found him is the shortest way to Thailand. He was about to be a part of organ (stealing?) syndicate.
Guys and girls… Please be careful wherever you are. Always be wary of your surrounding and the people. Never take safety for granted and as you can see even a grown, built man can be a victim. May Allah always protect us and our families.
Forever thankful to Allah the Almighty for reuniting us with my cousin back. Glad to have you back home Aqil MoSaid
gambo paling latest aku jumpe
Last Edit: Jun 30, 2014 18:42:46 GMT 8 by manjacat
aku dah bgtau hari tu, skrg ni memang musim jual organ....lagu masyuk dari jual dadah.... kena cekup pun tak ke tali gantong....
meanwhile...
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.
"Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.
"Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini," katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.
Wan Junaidi berkata menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.
Katanya proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.
Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.
"Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya," katanya.
Justeru Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan.
menteri malaysia ni biasa la....mcm kes mh370 tu jgk.... dia kena terhantuk sampai tengkorak retak dulu, baru terhegeh2 nak buat ini itu.... sama la mcm kes ni.... tak kisah la berita betol ke tak, kena aware la....secure the perimeter....
Aware memang dh makin tambah dh kebelakangan ni tapi kalo ada sindiket yg kidnap siang2 hari utk organ.. kira nk lepas anak2 kita pun cam x slmt dh..even gi sekolah pun.. Kt sekolah anak2 dh ambik tindakan bawak student2 tonton short vid pasal kes2 culik, jenayah semasa.
menteri malaysia ni biasa la....mcm kes mh370 tu jgk.... dia kena terhantuk sampai tengkorak retak dulu, baru terhegeh2 nak buat ini itu.... sama la mcm kes ni.... tak kisah la berita betol ke tak, kena aware la....secure the perimeter....
sejak dari kes kat lahad datu lagi aku perasan pesen diaorang memang macam neh... tunggu dah terlambat baru nak ade action... before anything happen just deny it with all you got lol...