KOTA BHARU - Murah dan paling penting, sedap. Itulah gambaran tepat tentang Nasi Ala Kadar yang dijual dengan harga RM2.50 sebungkus di gerai berdekatan jalan utama di Kota Bharu, Kelantan.
Pemilik gerai itu, Muhamad Zulfadli Mustafa, 32, berkata, kenaikan harga barang tidak pernah mempengaruhinya untuk menaikkan harga nasi di gerai itu sejak dua tahun lalu.
“Kita jual RM2.50 satu hidangan dan ada juga pelanggan yang minta dengan harga RM3. Setiap pagi memang tidak menang tangan walaupun saya turut dibantu oleh seorang rakan kerana ramai pelanggan menyerbu datang ke sini untuk membeli.
“Walaupun murah kita jaga kualitinya dan paling penting pelanggan berpuas hati dan dapat menikmati Nasi Ala Kadar tanpa perlu membayar dengan harga mahal,” katanya kepada Sinar Harian.
Nasi Ala Kadar yang dimasak sendiri oleh Muhamad Zulfadli ialah nasi putih berlaukkan ayam goreng yang diperap menggunakan bahan-bahan istimewa ditambah dengan kuah gulai dan sedikit sayuran, sudah tentu menepati selera pagi masyarakat tempatan.
Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis itu, dia mampu menjual 260 bungkus nasi tersebut setiap pagi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari selama lima hari seminggu.
“Modal setiap hari RM300, ayam segar pula saya ambil terus dari tempat penyembelihan. Ramai pelanggan yang datang ialah pelajar sekolah, polis dan pekerja di kilang berdekatan.
“Saya memang sepenuh masa berniaga selepas habis belajar, sebab tiada peluang kerja jadi saya pilih perniagaan. Hasilnya memang menguntungkan,” katanya.
Katanya, beliau berharap mampu melebarkan lagi perniagaan itu dengan terus mengekalkan harga murah.
Untung kasar bulanan = Y Y =(RM2.50/bungkus x 260bungkus/hari x 25hari)-(RM300 x 25hari) = RM[[2.50x260]-300] x 25hari = RM8750 sebulan
Bukak gerai sehari 3jam, preparation 4jam, beli barang 2jam = Total sehari 9jam (untuk 1-2 tahun pertama) Tahun seterusnya, bukak gerai 3jam, preparation 0 jam (pekerja dah pandai buat sendiri), beli barang 2jam = Total 5jam Tahun ke 4-5 = bukak gerai 3 jam, lain2 semua dah ada pekerja mahir buat = total sehari 3 jam
5 tahun dah lebih dari cukup untuk stabil, deswai semua orang kena ada cita-cita nak berdiri sendiri =)
jual makanan ni yang penting sedap.... kalau sedap, ko letak rm2.50 mmg habis aje stok.... sehari dpt 2-3 ratus gross profit, ok dah tu....epf takde, pcb takde...

yup... memang untong banyak kalau kene pada harga... dapat plak kalau sedap...
aku memang dah rancang dah dgn wife aku... 3 tahon akan datang wife aku akan ikot jejak langkah mamat tuh lol... sebab nak tunggu dulu segala loan bini aku habes baru start...
as for me... lagi 9 tahon insyaallah... memang bajet nak bebas hutang before 40 and kasi up pendapatan dengan keje sendiri...
jual makanan ni yang penting sedap.... kalau sedap, ko letak rm2.50 mmg habis aje stok.... sehari dpt 2-3 ratus gross profit, ok dah tu....epf takde, pcb takde...
pcb takder pun... income tax kene baya gak...
nie dah masuk paper nie... musti LHDN dah gie wat site visit