kat pesbuk semua orang dok tepek je berita ni so aku tepek la kat sini ada videonye. nanti la aku tepek
Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran.
Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton.
Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.
“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya.
Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas.
“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda,” katanya. - Agensi
yg pasti budak nie Alquran bergerak..yg skrg tahfiz Alquran dah jadi rare delam hidup kite..akhir zaman yg amal islam dan sunnah dipandang pelik n susah ditemui
Moga Allah jadikan ade ramai malaysian mcm adek musa..Amin
1- Cari istri sholehah yang kelak akan menjadi partner anda dalam mendidik anak 2- Tegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil 3- Jauhkan dari musik dan tontonan yang merusak 4- Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak 5- Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat 6- Orang tua harus mnjadi contoh anak 7- Orang tua ketika amar ma'ruf dan nahi mungkar harus ada rasa tega diri mereka kepada anak-anak, Contohnya ketika memerintahkan belajar,banyak orang tua yang tidak tega. Ingat, Emas tidak akan jadi mulianya dan berharga kecuali setelah penempaan yang luar biasa. 8- Tentukan jadwal anak seketat mungkin, kapan belajar, makan, mandi, bermain, dan orangtua harus istiqomah dan jangan di remehkan dan di langgar 9- Jangan terlalu memperdulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqomah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai. 10- Meskipun ada ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap mempelihatkan kelembutan kepada anak