malam ni punye game, Sarawak vs Kedah perlawanan antara import adik dan abang.
komen astro awani:
Pertemuan membabitkan Sarawak dan Kedah, bakal menemukan pasangan adik beradik Ryan Griffiths dan Adam Griffiths yang cukup teruja untuk berhadapan antara satu sama lain sebagai lawan di atas padang.
"I'm going to tell my teammates to make sure to kick him very hard" - Andy Griffiths
Last Edit: Aug 23, 2014 19:33:14 GMT 8 by manjacat
(KUMPULAN C) Kelantan 0-3 Johor DT 28' Pereyra Diaz 48' Jasazrin Jamaludin 67' Luciano Figueroa
Pulau Pinang 2-1 ATM 37' Hairuddin Omar (ATM) 50' Luiz Ricardo (PPG) 62' Lee Gil Hoon (PPG) ------------------------------------ (KUMPULAN A) Felda United 3-1 LionsXII 9' Zah Rahan (FEL) 22' Faris Ramli (LNS) 26' Indra Putra (FEL) 28' Makache Ndumba (FEL)
Johor DTII 1-1 Pahang 18' Nicolas Dilmonte (JDT2) 73' Zesh Rahman (PAH)
Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu kecoh seketika apabila jurulatih Kelantan George Boateng meluru masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil selepas tamat perlawanan antara Kelantan menentang Johor DT. Boateng mengambil keputusan tersebut selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil terutama ketika pemainnya Nik Shahrul Azim dihalau keluar selepas dipersalahkan kerana mengkasari Daudsu Jamaluddin.
Bagaimanapun pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta pemain termasuk Mohd Badhri Mohd Radzi dan Mohamed Shawky dilihat berjaya menenangkan jurulatih dari Belanda itu.
Dalam perlawanan tersebut, JDT menewaskan Kelantan 3-0, hasil jaringan Jorge Pereyra Diaz di minit ke-28, Jasazrin Jamaluddin (M48) dan Luciano Figueroa (M67).
Di awal perlawanan, Kelantan dilihat bermula baik dengan memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun ia dipersia-siakan, malah corak permainan mereka semakin tenggelam selepas jaringan dilakukan Diaz.
Pertahanan Kelantan yang dibarisi Nazri Ahmad dan Hussein Alaa Hussein juga jelas semakin tidak menjadi dan mereka kerap kali dilihat tidak berada di posisi tepat ketika pihak lawan melakukan serangan.
Walaupun tewas, Kelantan tetap mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan C dengan berada di kedudukan kedua, menemani JDT yang berada di tangga teratas.
Manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Penang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia 2014 selepas masing-masing berada ditangga ke tiga dan keempat.
Pada malam ini, Pulau Pinang melengkapkan perlawanan dengan kemenangan pertama mereka selepas menewaskan ATM 2-1 di Stadium Bandaraya.
Sementara itu Felda United muncul juara Kumpulan A dengan mengumpul 13 mata. 'The Fighters' meraih mata penuh apabila menewaskan Lions XII 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang.
Pahang kekal selaku naib juara Kumpulan A, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Johor DT II (JDT II) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.