Restoran Ikonik A&W Petaling Jaya Bakal Ditutup Disember Ini
Berita kurang baik kepada kita semua pagi ini apabila ada laporan menyebut yang restoran penuh memori dan ikonik di Petaling Jaya, A&W yang turut dilengkapi khidmat pandu lalu akan ditutup pada Disember 2014 ini.
Seperti dilaporkan Hype.my hari ini, penutupan cawangan A&W di Petaling Jaya ini adalah sebahagian daripada pengurusan semula restoran makanan segera ini yang akan melibat penutupan 33 lagi cawangan di seluruh Malaysia dan juga Thailand.
The A&W franchise was brought into Malaysia in 1963 by Mr and Mrs Lie Boff from USA. The Lie Boff family opened their first outlet in Jalan Tuanku Abdul Rahman making it the first fast food outlet in Malaysia. This was followed in 1965 with the first drive-in restaurant in Petaling Jaya. In 2001, A&W Malaysia was bought over by KUB Malaysia Sdn Bhd and in 2008, embarked on an aggressive expansion drive to revamp and expand its reach.
Laporan The Edge pula menyebut yang penutupan restoran A&W Petaling Jaya ini akan memberikan peluang kepada pembangun untuk membangunkan projek bangunan bernilai RM263 juta di kawasan itu menjelang tahun hadapan.
Kami pasti restoran ini banyak menyimpan memori zaman kanak kanak kita semua yang sering berkunjung ke sini suatu ketika dahulu untuk menikmati waffles dan root beer float. Kalau penutupan ini diteruskan, ambil masa anda sehingga Disember untuk kembali ke sana buat kali terakhir.
dulu masa remaja dan elia suka gi A&W sbb root beer tu la.. kononnya macam ngan minum air bir.
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
yang penting kat ioi mall tak tutop so takpelah lol...
belom tentu lagi... ada 33 lagi cawangan nak tutup maybe yang kat IOI mall tu pun nak ditutup juga
penutupan cawangan A&W di Petaling Jaya ini adalah sebahagian daripada pengurusan semula restoran makanan segera ini yang akan melibat penutupan 33 lagi cawangan di seluruh Malaysia dan juga Thailand.