Sebahagian Pengguna Unifi Dan Streamyx Mungkin Mengalami Masalah Sambungan Internet
Telekom Malaysia, melalui akaun Twitter mereka hari ini berkongsi mengatakan yang mana sebahagian daripada pelanggan UniFi dan Steamyx mungkin mengalami masalah untuk mengakses rangkaian internet, disebabkan oleh masalah berkenaan pelayan DNS.
Melalui apa yang dikongsikan pihak Telekom Malaysia, DNS yang mengalami masalah kesesakkan buat masa ini adalah 202.188.0.13 dan juga 202.188.1.5.
Masalah kesesakkan DNS ini diperlihatkan sebagai semua pengguna mencuba untuk mengakses melalui suatu sambungan yang terhad, sekaligus membuatkan sambungan internet tersebut menjadi perlahan berbanding kebiasaan.
Pihak Telekom Malaysia mengatakan mereka sedang mengusahakan untuk mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.
2014... still maseh ade yang pakai DNS streamyx?? lol
kalau yang jenis tak reti godek2 setting modem/pc memang pakai je default dns dhcp bg tapi kalau modem bagi local ip tu nanti redirect ke dns stramyx (pengguna streamyx) ke tak?
dns apa yang boleh bypass region block (certain website x bagi sesetengah pengguna dr malaysia akses)
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Post by rimaukumbang on Jul 22, 2014 9:41:46 GMT 8
Sebenarnya dari bulan lepas lagi problem dns tu...member aku yg lead team untuk fix kan benda ni...kalau nk selamat korang pakai dns ni 1.9.1.9 tm punya jugak