Model pengganti Perodua Viva – gambar spyshot tertiris
Pertama kalinya gambar spyshot pengganti untuk model Viva telah pun didedahkan. Ini adalah gambar model tersebut yang paling jelas tanpa apa-apa samaran.
Dengan rekaan baharu gril hadapan ala sarang lebah, begitu menonjol, dan di apit lampu kabus yang berbentuk bulat, kelihatan model ini agak menarik.
Untuk di bahagian belakang pula, kelihatan rekaan seakan Myvi, dek kerana rekaan bamper belakangnya yang hampir sama. Manakala lampu belakang hamper sama dengan Daihatsu Ayla yang merupakan model asas kepada model baharu Perodua ini.
Dijangkakan model ini bakal dilengkapi dengan enjin 1KR-DE tiga silinder berkapasiti 1.0 liter. Masih tiada angka prestasi dikongsikan bersama, namun dengan enjin yang sama digunakan untuk Toyota Aygo dan Daihatsu Ayla, anda boleh mengagak kuasa yang dijanakan sekitar 65PS dan 85Nm tork.
Model yang dikatakan bakal ‘berentap’ dengan model Proton GSC, pengguna akan mempunyai lebih pilihan untuk model kereta kompak di dalam segmen A.