Ok. aku rasa korang pun ade tengok gambar ni kat pesbuk beratus dah orang share.
bengang kat Israel, McDonalds yang kena. of course, ada yang kata patut je sebab McDonalds dan Israel ni dah macam sinonim kalau naik nama Israel je, yang mula mula kena mesti McDonalds
anyway, nak tanye korang ape pendapat korang tentang kejadian ini. wajar? tak wajar? bangang? kita ajar mcdonalds sampai dia tutup dan balik amerika?
marilah kita berbincang. aku akan memantau perbincangan ini kalau semua borak serius, nanti aku pindahkan thread ini ke bilik isu semasa
Tak makan McD ni tak mati kot. Aku penah keja dengan McD ni. Kalau keja fulltime sebagai kerjaya keja dengan McD ni aku hanya mampu gelak jela.
Majoriti pekerja McD ni lepasan SPM atau student yang tengah bercuti atau orang nak cari duit lebih buat partime. Pekerja dia mesti tak kekal, dalam setahun boleh tengok berapa kali muka pekerja depa bertukar. Kecuali manager dia atau sorang dua manusia.
Yang betul2 kerja dengan McD ni orang2 yang kerja dekat pejabat McD la kot. Yang dekat kedai tu hampir semuanya silih berganti. Kerja dekat kedai gaji dia ciput. Tapi dapat la makan McD free. Kat sini leh save la duit...tapi ari2 makan McD muak jugak lol
mcd dan pekerja dia tak salah pun kau nak boikot, tanak bagi duit kau kat israel tu kau diam2 jgn pi beli yg kau attack pekerja, restoren tu tempat org cari rezeki dah kenapa sensitive tah hape2
boikot makan MCD bukan sebab israel semata2, juga sebab kesihatan...
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.