KEMAMAN - Pendapatan restoran McDonald’s di Kerteh dan Dungun terjejas teruk selepas kempen boikot dibuat di perkarangan McDonald’s Dungun, kelmarin.
Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.
“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.
“Sikap agresif peserta demonstrasi itu beri kesan kepada mental pekerja saya, ada antara mereka cakap nak berhenti kerja tapi alhamdulillah dengan nasihat yang diberi kakitangan bahagian sumber manusia, semangat pekerja yang ketakutan dipulihkan semula,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, insiden baling batu itu tidak menyebabkan kerosakan pada premisnya sebaliknya hanya bahagian belakang restoran menjadi kotor.
Jumlah pekerja di kedua-dua restoran miliknya itu adalah seramai 80 orang, dengan kesemuanya beragama Islam dan berbangsa Melayu.
“Saya harap kalau demonstrasi diadakan lagi selepas ini, janganlah ada antara peserta bertindak di luar kawalan kerana ia boleh timbulkan rasa takut kepada pekerja dan pelanggan.
“Sebagai orang Islam saya sendiri pun tidak suka apa yang dilakukan tentera Yahudi ke atas rakyat Palestin. Namun saya harap tindakan boikot biarlah rasional dan tidak menghukum tanpa usul periksa. Sebelum ini McDonald’s Kerteh dan Dungun juga banyak bantu anak yatim dan anak istimewa. Jadi diharap selepas ini peserta demonstrasi lebih rasional,” katanya.
Ditanya mengenai desas-desus kononnya demonstrasi akan turut diadakan di McDonald’s Kerteh pada petang esok susulan kempen boikot McDonald’s di seluruh negara, Syed Hussain berkata, beliau masih belum terima maklumat isu itu.
“Kalau perkara ini betul saya akan pastikan keselamatan pekerja terjamin. Saya juga mungkin akan upah pengawal keselamatan untuk awasi premis selain membuat laporan polis untuk mengelakkan insiden baling terjadi di Kerteh,” katanya.
Dalam demonstrasi kelmarin, seramai 200 anak muda dari seluruh Dungun berhimpun sambil pegang sepanduk.
anaktimur sebelum ni takde lagi aku dengar makan fastfood yang boleh menyihatkan badan lagi tak sihat adelah
aku rasa, untuk orang orang veteran macam kita ni takde masalah kut kalau tak makan mekdi yang best makan mekdi ni bagi aku, time deting je ye la bawak pompuan kuar makan, takkan bawak gi kedai mamak kalau makan kat old town tiap kali deting, buleh demam so last last, mekdi la tak berape murah dan tak brape mahal
selalu yang makan mekdi yang aku tengok kebanyakannya budak budak sama ada budak skolah mahupun budak kolej macam masa aku keje kat Serdang dulu yang memenuhkan mekdi kebanyakannya adelah budak sekolah maklum la Mekdi kan ada Wifi free ada aircon kalau mekdi kat ampang park, siap ada TV
ok berbalik kepada topik aku rasa, tak perlu kut sampai nak berhimpun ramai ramai kat situ buat orang rasa tak selesa pekerja pekerja mekdi tersebut tak bersalah walaupun diorang keje di mekdi kat mesia ni dah la susah nak cari keje nak jadi retis, haritu temuduga AF tak lepas
Dekat serdang bawak awek makan kat desa serdang la....gerai lilin orang panggil...pasal kat meja pakai api lilin je....baru la romantik....apa barang makan kat mekdi.
lagi satu kalo nak kata tutup periuk nasik tu xde la...kebanyakan pekerja mekdi macam yang kat atas dah mention...bebudak u yang keje part time...bebudak yang tgh cuti or yg tunggu result spm...saja nak cari duit lebih je bukannya untuk menyara keluarga...kalo betul nk menyara keluarga baik la pergi cari kerja lain yang lebih berbaloi