kalau korang nak tengok penyokong mesia mencarut, buat la kenyataan macam ni
Dollah Salleh akan terus menyandarkan harapan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk menerajui bahagian serangan Harimau Malaya. Beliau berpendapat kedua pemain yang menyarung jersi Johor Darul Takzim itu masih lagi merupakan penyerang terbaik yang dimiliki negara ketika ini meskipun kelibat mereka diragui ekoran prestasi tidak menentu bersama pasukan tersebut.
Pengendali skuad kebangsaan memiliki perancangan tersendiri terhadap Mat Yo dan Safee yang jarang beraksi musim ini.
"Saya akan menurunkan Norshahrul kerana dia masih lagi penyerang tempatan yang terbaik. Mungkin dia jarang beraksi bersama pasukannya kerana itulah apabila bersama pasukan kebangsaan saya akan menurunkannya bagi membolehkan dia mendapat semula prestasi terbaiknya.
"Sama seperti Safee, jika dia tidak cedera, saya juga akan menurunkannya," katanya kepada pemberita.
eh btul la yaman senior..tp yaman turunkan 7 players u23 dan lebihnya senior..kiranya xde beza...afc champions u16 mesia menang,,yey..lepa ni lawan korea..u16 mesia ada can fight ngn australia or jepun quarterfinal