Post by manjacat on Aug 15, 2014 16:38:23 GMT 8
Hanez Suraya Masih Sayangkan Romie
Ya, anda tidak salah baca akan kenyataan di atas yang sebenarnya diluahkan sendiri oleh Hanez Suraya kepada Berita Harian. Sebelum ini, pelakon ini ada berikan bayangan yang hubungan cinta antara dirinya dan Romie sudah berakhir atas tekanan ramai.
Namun kenyataan terbaru beliau hari ini menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka berdua kini masih berjalan atau pun sudah menemui noktah akhir — seperti yang diharapkan ramai pihak dek kerana statusnya seperti merampas kebahagiaan orang lain.
Hanez Suraya berkata beliau mengakui rela hubungannya dengan Romie berakhir namun lelaki itu khabarnya terus mencuba dan berusaha untuk menawan hatinya dan membuatkan pelakon itu semakin sayang dan tidak dapat menjauhkan diri.
“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah,” ujar Hanez Suraya hari ini.
“Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya”
“Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,“ tambahnya lagi.
Hanez Suraya yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 22 Ogos ini mengakui sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon dari mana mana pihak dan sepanjang tempoh ini beliau mula belajar ilmu dan selok belok perniagaan. Bagus. (rtky/m)