Di sebelah kanan pintu masuk The Quail, terdapatnya USD18Juta dalam nilai kereta. Ini bukannya cerita pasal USD18Juta dalam bentuk kereta klasik, tetapi Usd18Juta dalam bentuk kereta baru. Kereta apakah yang bernilai sebegini? Iya, kesemua enam dalam edisi Bugatti Veyron Legend.
Kesemua kereta-kereta ini adalah ciptaan yang unik untuk meraikan sejarah pembuat kereta ini – enam orang hebat iaitu Jean-Pierre Wimille, Jean Bugatti, Meo Costantini, Rembrandt Bugatti, Black Bess dan Ettore Bugatti. Hanya tiga bagi setiap edisi khas itu akan dibuat, semua berharga € 2.35 Juta (lebih kurang $ 3.14 Juta/ RM9.9 Juta).Ia sangat jarang untuk melihat pelbagai Veyrons di satu tempat pada satu masa, dan ini mungkin hari bersejarah di mana semua enam Legends dipaparkan bersama-sama sekaligus.
Last Edit: Aug 18, 2014 10:06:51 GMT 8 by enciknaza