Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak
Kenapa media, TV3, Utusan Malaysia tidak mengetahkan isu ini sebagai tajuk
16 Ogos 2014- Tiada menteri yang sanggup mengambil tanggungjawab akibat kegagalan UPU yang mengancam masa depan pelajar. Kadar pengambilan pelajar masuk ke IPTA semakin menurun. Apakah pihak kerajaan telah mengurangkan dana untuk pelajar yang layak memasuki IPTA?
Statistik telah menunjukkan pada sesi pengambilan tahun 2013-2014, seramai 68,702 pelajar telah memohon, daripada jumlah itu, seramai 57, 802 pelajar didapati layak tetapi hanya 41,573 pelajar yang diterima masuk ke IPTA.
Tetapi pada sesi pengambilan tahun 2014-2015, seramai 74,071 pelajar telah memohon, dan daripada jumlah itu seramai 67,388 pelajar yang layak.
Namun, hanya 37,467 pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA.
Masalah ini berulang setiap tahun, dan ini membuktikan bahawa Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan telah gagal menjalankan proses pemilihan kemasukan IPTA dengan cekap dan telus.
"Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak"
anyway, yang aku tak paham diorang punye conclusion. tak dapat masuk IPTA, jadi salah UPU?
what kind of logic is this?
kalau dah tempat ada 37 ribu maka 37 ribu la tempat yang ditawarkan oleh UPU... camne UPU plak yang tak cekap/tak telus..
link dekat mana lagi yang ke tempat sama? btw,btul gak ape ko cakap... ade kosong 37k mesti amik 37k... atau memang ade kekosongan lebih tapi amik skit...