Post by DarkEmperor on Aug 19, 2014 10:47:23 GMT 8
Tangkap pembuang sampah haram dapat RM500
SHAH ALAM, 17 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon bantuan orang ramai melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sedia menawarkan wang tunai RM500 kepada sesiapa yang berjaya membuat laporan hingga tertangkap.
Katanya, orang ramai boleh melaporkan kepada MBSA jika melihat pembuangan sampah secara haram di kawasan sungai, tepi jalan atau tempat yang tidak sepatutnya.
“Orang ramai boleh buat panggilan pada kita, MBSA akan hantar penguatkuasa untuk datang buat tangkapan.
“Jika bahagian akaun lambat bagi duit, saya akan dahulukan duit sendiri sebagai ganjaran bantuan orang awam,” katanya, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jaafar berkata, insentif wang tunai berkenaan bertujuan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam membanteras aktiviti haram.
“Selain itu dapat juga kita memastikan persekitaran tempat yang didiami ini bersih dan sejahtera.
“Sampah yang tidak diproses di tempat sepatutnya bukan sahaja mencemar alam sekitar, bahkan boleh mendatangkan penyakit dan bahaya,” katanya.
Orang ramai yang mahu membuat aduan boleh menghubungi talian hotline MBSA dengan mendail 1-800-88-4477.
“Orang ramai boleh buat panggilan pada kita, MBSA akan hantar penguatkuasa untuk datang buat tangkapan.
“Jika bahagian akaun lambat bagi duit, saya akan dahulukan duit sendiri sebagai ganjaran bantuan orang awam,” katanya, di sini, baru-baru ini.
kantaben - mane buleh. report je bukan dapat duit. dah tangkap baru dapat duit meaning sape yang buang tu kene tangkap yang report tu le untung, sebab dapat rm250 yang buang tu dapat rm250 tapi kene tangkap buat ape
Post by DarkEmperor on Aug 19, 2014 14:55:12 GMT 8
tadi aku lunch kat gerai depan apartment abdullah hukum... then ade satu customer neh selamba badak je buang palstik beg merah kecik berisi sampah dalam sungai kat depan gerai... pastu ade orang tegor...
dia boleh cakap... alaaa sampah saya kecik... tu kat sungai tu banyak sampah besar... almari pon ade ha tu...
and yeah literally memang almari elok je hanyot dibawak arus sungai...
point is... kalau dah mentaliti camtu (sampah kecik xpe) memang sampai bebila la sungai x boleh nak clear dari sampah... tu baru sorang... kalau ramai lagi mentaliti camtu?? sigh...
tapi memang sedey tgk sungai tuh... banyak gella sampah... paleng sedih tgk beg beg plastik sampah warna hitam yang besar tu dah umpama kereta kat jalan raya...
kalau kat shah alam dah lama dah aku amek video tuk jadi bahan bukti lol...
Last Edit: Aug 19, 2014 14:58:08 GMT 8 by DarkEmperor