Post by manjacat on Aug 22, 2014 20:01:42 GMT 8
Saya rasa harus berkongsi ini. Ada orang memberitahu, ada ulamak sufi mendapat alamat bahawa pada bulan Syawal ini mungkin berlaku peristiwa Tsunami di Malaysia yang lebih dasyat daripada yang pernah melanda 26 Disember 2004 dahulu. Katanya ia mungkin berlaku 14-15/8/14, Khamis atau Jumaat waktu Maghrib. Kalau tidak berlaku pada masa itu (dan kita sedia maklum sudah lepas tarikh tersebut) maka berhati-hati hingga tarikh 10/9/14 ini..Katanya jika berlaku ia akan, lebih dahsyat dari yang lepas sehingga bandar Alor Setar tak akan ada rupa lagi... kerana air naik setinggi bangunan 3 tingkat.
Maka itu buat masa sekarang pelajar sebuah sekolah maahad di Alor Setar) sudah berpindah ke Tasik Beris, Sik, Kedah kerana berdekatan kawasan tinggi, Ulamak itu juga telah membeli bot bernilai RM10 ribu untuk kegunaan pelajar kerana air Tasik Beris akan naik 10 kaki. Pemberitahuan ini ditambah kata2 bahawa ia mungkin terjadi, mungkin tidak. Tetapi perkara harus disebarkan kepada kawan2 agar bersiap siaga. Sekurang2nya buatlah apa2 amalan yang patut, bernazar ke hapa agar ia tidak berlaku.
Orang yang memberitahu itu meminta pendapat saya tentang hal ini. Jawab saya, tak tahu apa2 dan tidak merasakan apa2. Apabila beliau menyatakan kebimbangan lagi saya pun bertanya dia manakah beliau menetap. Rupa2nya di utara, tidak berapa jauh daripada pantai.
Sebab itu beliau bimbang perkara ini berlaku sedangkan saya mungkin tak rasa apa2 kerana menetap di atas kawasan berbukit yang agak jauh daripada laut. Tadi saya tergerak untuk melihat peta kawasan utara. Patutlah ada kerisauan Alor Setar dilanda teruk. Lihat sahaja kedudukannya dengan tanah sekeliling mendatar rendah ke laut. Tidak ada pula pulau untuk melindung jika air besar datang secara mendadak dari Selat Melaka.
jangan panik sekadar untuk berjaga jaga