Post by enciknaza on Aug 25, 2014 18:06:41 GMT 8
Untuk Rakyat Malaysia: Nampaknya, tidak lama lagi peminat kereta model Proton Malaysia bakal mendengar “buah tangan” terbaru daripada Proton Malaysia, di mana mereka bakal melancarkan dan mengeluarkan model Proton baru 2014 tidak lama sahaja lagi. Berdasarkan sumber yang….. Berita Semasa perolehi, model Proton baru 2014 tersebut bakal dipanggil dengan nama Proton Iriz.
Jikalau sebelum ini, model kereta Proton saga dan Proton Savvy berkongsi paltform tetapi tidak untuk model Proton baru 2014 ini di mana menggunakan sepenuhnya platform baru.
Jikalau model kereta Preve dan (kereta Proton Suprima) lebih kepada “performance” sesuai dengan turbo, Proton Iriz ini pula sesuai dengan kereta kompak kecil, pemanduan yang mudah, “easy ride” yang mana model Proton Iriz baru ini bakal bertarung di lapangan segmen B bersama-sama dengan model Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208.
Dan bagi model Proton baru 2014 ini, Proton Iriz akan mengambil kira 2 aspek yang begitu dititikberatkan. Antaranya ialah :
model kereta jimat minyak
dan keselamatan kenderaan ditahap terbaik
Ciri & Kemudahan Model Proton Baru 2014 : Proton Iriz
1.6 beg udara
2.sistem ABS
3.EPS
4.hill hold assist
5.stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi
6.Proton Iriz menggunakan Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) adalah merupakan generasi enjin terkini Proton bagi menggantikan Campro
7.Enjin terbaru Proton Iriz adalah 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro
8.enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro
110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm
mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam
9.Terdapat 7 pilihan warna
10.Mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP)
Harga Proton Iriz, Model Proton Baru 2014?
Model Proton baru 2014, Proton Iriz ini akan ditawarkan dengan enjin 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Berdasarkan maklumat dan infromasi yang Berita Semasa perolehi setakat ini, model Model Proton Baru 2014, proton Iriz lebih kecil berbanding (kereta Perodua Axia). Tetapi kualiti dan kelebihan yang bakal ditawarkan kepada bakal pembeli jauh meninggalkan seteru utama mereka, Perodua. Persoalan yang bakal berlegar sekarang ini, mampukah Proton Iriz 2014 memberikan tentangan hebat terhadap model yang menjadi “kegilaan masa kini” iaitu Perodua Myvi yang selama ini terus menduduki takhta sebagai kereta paling popular bagi segmen B ini selama ini?
Persoalan seterunyanya adalah berapa harga Proton Iriz yang bakal dijual kepada rakyat Malaysia? Dikhabarkan, harga Proton Iriz baru sekitar RM40,000 sehingga RM60,000. Apa review anda berkenaan model Proton baru 2014, proton Iriz berdasarkan pengalamatan dan kaca mata setakat ini?