cinta bertawun tawun last last putus okeh, bulehlah masuk line. so, sape ada wechat Intan Ladyana?
Intan Ladyana Sah Putus Cinta Dengan Kamal Adli, Anggap Tiada Jodoh
Pelakon Intan Ladyana menjelaskan bahawa dia tidak ada lagi hubungan istimewa bersama sama dengan pelakon kacak Kamal Adli yang sebelum ini telah bercinta sejak tahun 2009 dan hampir 5 tahun hubungan tersebut telah termeterai.
Bertemunya di majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014, dia dengan tenang menjawab bahawa dia kini kembali solo dan tidak mempunyai hubungan lagi dengan Kamal Adli.
“Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi,“ katanya.
Dia yang sebenarnya telah memberitahu bahawa keputusan untuk berpisah telah lama difikirkan dan kini telah rasminya dia putus. Baginya tidak ada jodoh antara mereka berdua. Punca kenapa hubungan mereka berantakan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
“Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu”
Sementara itu, Intan secara berseloroh telah memberitahu selepas ini tidak akan ada lagi orang yang asyik bertanyakan tentang hubungannya lagi dan dengan itu dia berasa sedikit lega. Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi dalam filem menerusi lakonan dalam Adnan Sempit 3. (rtky/hfz)
Last Edit: Aug 25, 2014 23:44:08 GMT 8 by manjacat
wahahah yang ni best yang laki lakinye pun tak sedar yang diorang dah break
Kamal Adli Terkejut, Tidak Sedar Sudah Putus Cinta Dengan Intan Ladyana?
Sehingga ke hari ini, masih belum ada kenyataan dari mulut Kamal Adli tentang percintaan beliau & Intan Ladyana yang kini sudah berakhir. Intan Ladyana pada 25 Ogos lalu telah memaklumkan pada sekumpulan wartawan yang mereka sudah putus hubungan.
Dua hari selepas pengumuman oleh Intan Ladyana itu, Kamal Adli dilihat memuatnaik sekeping gambar bersama Intan Ladyana di akaun Instagram beliau dan ini menimbulkan persoalan diantara peminat sama ada mereka sebenarnya masih bersama.
“Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu,” ulas Intan Ladyana tentang perkara ini.
Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Kamal Adli meminta masa untuk berbincang dengan Intan Ladyana sebelum mengeluarkan kenyataan beliau. Namun, pihak perempuan menolak kemungkinan masih ada perkara yang mahu dibincangkan.
“Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi. Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan,“ tambah Intan Ladyana turut mengulas gambar di Instagram.
Mungkin Kamal Adli masih dalam proses memujuk Intan Ladyana untuk teruskan hubungan cinta yang sudah bertahun lama terjalin — mana senang senang lepaskan. (rtky/m)
Last Edit: Sept 2, 2014 11:06:59 GMT 8 by manjacat