Astro Mohon Maaf Atas Gangguan, Buka Semua Saluran Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini
Pada penghujung minggu lepas, Astro telah mengalami gangguan siaran untuk sejumlah saluran untuk beberapa jam, membuatkan ramai pengguna tidak boleh menonton kebanyakkan siaran yang diingini mereka. Lanjutan daripadanya, hari ini pihak Astro dilihat telah mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengannya, dan memohon maaf atas kejadian tersebut.
Menurut perkongsian Astro di Facebook, mereka mengatakan gangguan tersebut berlaku disebabkan oleh kebakaran di fasiliti mereka di Bukit Jalil. Masalah yang dialami bermula pukul 6 petang 24 Julai lepas tersebut selesai sepenuhnya menjelang 11 malam, dan Astro beroperasi seperti biasa selepas itu.
Sebagai memohon maaf untuknya, pihak Astro akan membuka kesemua saluran mereka (kecuali Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) untuk diakses dan ditonton sepanjang hujung minggu ini, iaitu bermula 29 Ogos 6 petang sehingga 1 September 2014, 12 tengah malam.
patut la.. tapi yg error tu cam tv3, local tv je pun.. tapi sbb bil dh naik, memang patut kasi free. ceh.. ingatkn nk kasi free semua trmasuk astro 1st,best,box opis.. ape da