Post by manjacat on Sept 7, 2014 15:26:23 GMT 8
Artikel asal dari Sinar Harian
JITRA - Beberapa calon yang mengambil peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara atas talian bagi mengisi jawatan Peguasa Kastam W41, di sekitar daerah ini kecewa apabila sistem atas talian itu tidak berfungsi dengan baik.
Mereka mendakwa, keupayaan untuk mengakses ke laman web yang menyediakan soalan peperiksaan amat sukar dilakukan walaupun talian internet yang digunakan berkapasiti tinggi.
Seorang calon yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 27, berkata, peperiksaan yang sepatutnya bermula jam 9 pagi itu memakan masa hampir setengah jam sebelum berjaya melayari laman web untuk menjawab soalan.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan calon tidak mempunyai masa yang cukup, malah sistem atas talian sentiasa terganggu sepanjang peperiksaan selama dua jam 25 minit itu.
“Sebagai calon, saya terasa teraniaya dengan sistem yang diperkenalkan ini. Peperiksaan ini memberi harapan kepada calon-calon tetapi kaedahnya tidak komprehensif. Lebih baik kalau diadakan secara manual.
“SPA sepatutnya menyediakan aplikasi yang betul-betul terjamin kepada calon dan mengkaji terlebih dahulu sejauh mana peperiksaan secara online ini memudahkan calon sebelum ia diperkenalkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Seorang lagi calon, Shahril, 25, berkata, sepanjang peperiksaan itu berlangsung, banyak jawapan yang dipilih tidak diterima oleh sistem.
Menurutnya, hal itu menyebabkan banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan sempurna kerana masa diberikan tidak mencukupi.
“Masa yang diberikan untuk jawab soalan itu relevan, tetapi gangguan sistem menyebabkan masa tak cukup. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam satu peperiksaan yang membabitkan jawatan profesional yang diuruskan oleh agensi kerajaan.
“Saya juga memilih Pusat Internet 1Malaysia di sini, memandangkan kemudahan internet yang laju. Tetapi agak kecewa bila peperiksaan dijalankan sistem terganggu, padahal talian internet tak ada masalah,” katanya yang akan mengemukakan aduan kepada pihak SPA mengenai masalah tersebut.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati ramai calon peperiksaan itu turut melahirkan rasa kecewa di laman sosial dan Facebook SPA.
eh korang baca la sendiri