Post by enciknaza on Sept 12, 2014 15:15:51 GMT 8
Hutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!
Najib Letak Jawatan Mahathir
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan : Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara pernah mencadangkan (DI SINI) hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai begitu sekali? Terbaru….
Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir pula mengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai “anaknya” yang mana mahu mengharapkan anaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.
Sebelum ini, Mahathir telah bertindak drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :
Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir yang dilihat mempunyai karisma yang tersendiri apabila mengeluarkan kata-kata dan pandangannya kelihatan lembut dan tidak perlu menjerit-jerit ketika mengeluarkan butir-butir perkataan daripada mulutnya tetapi AWAS……
Lenggok bahasa politik yang digunakan cukup sinikal yang sehingga mampu membuatkan ramai ketawa sendirian dan ada juga yang menahan luka mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir. Terbaru…..
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Mahathir Nasihat Letak Jawatan?
Tun Mahathir menemplak 1Malaysia Development (1MDB) boros berbelanja
1Malaysia Development (1MDB) dilihat berdiri megah atas nama “Dana Kekayaan Negara”, apabila membelanjakan duit negara seolah-olah Malaysia mempunyai terlalu banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Sedangkan hakikatnya, duit yang dibelanjakan adalah hutang yang dibuat berbilion ringgit
Apabila terlalu banyak hutang, Malaysia tidak akan terlepas menjadi muflis seperti Argentina
Sedangkan pelbagai hutang ditambah menyebabkan hutang negara terus melambung tinggi
Hutang perlu dibayar dan dikurangkan
Tetapi apabila bajet defisit yang dibentangkan setiap tahun, mana mungkin Malaysia boleh bayar hutang negara
Nasihat Tun Mahathir kepada Najib Razak dan anak buahnya supaya apabila pembentangan Bajet 2015 dan seterusnya mestilah mengikut had siling hutang negara yang telah diputuskan secara rasmi di Dewan Rakyat
Jikalau beliau menjadi Perdana Menteri sekarang, pastinya beliau akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan berundur jikalau melihatkan corak pentadbiran kerajaan malaysia sekarang
Kerajaan malaysia & Putrajaya dilihat gagal menunjukkan kepimpinan yang kuat dan meletakkan Malaysia ke landasan yang betul dalam aspek pembangunan Malaysia
Peringatan Tun Dr Mahathir
Berdasarkan semakan Berita Semasa laporan yang dikeluarkan oleh Sarah Fowler dari Oxford Economic meletakkan kedudukan ekonomi Malaysia adalah paling berisiko di Asia.
Ini kerana Malaysia dilihat terus kekal mempunyai hutang negara kepada KDNK melebihi paras 50% untuk 5 tahun seterusnya.
Sedangkan pada ketika ini, hutang negara Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia kepada KDNK negara mereka masih tidak lagi mencecah kepada paras 33%.
Dan inilah antara sebab utama, Fitch Rating terus mengekalkan pendirian dan laporan mereka Malaysia hanya layak dberikan rating “A-” pada Julai 2014 yang lalu.
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?
Semakan Berita Semasa terhadap portal “The Economist” menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 bilion.
Dan Boston Consulting Group telah memberikan peringatan, bagaimana sesebuah negara yang mana ekonomi negara mereka boleh jatuh menjadi krisis yang buruk jika hutang negara tidak diuruskan dengan baik daripada sekarang.
Hakikatnya, hutang negara sekarang berada pada paras RM692 Bilion dan angka dilihat akan ini terus meningkat. melihatkan trend hutang negara yang tidak pernah menyusut malah terus melonjak dan meningkat naik.
KLIK SINI : Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!
Persoalan, di mana iltizam kerajaan Malaysia untuk menurunkan hutang negara Malaysia? Berapa lama lagi rakyat Malaysia dijamu dengan kenaikan hutang negara yang pastinya beban akan dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Apa respon anda pula?
link
lari ke luar negara?cari income lebih?