Seremban: Tujuh rakan baik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 22 tahun di sebuah unit pangsapuri di Seremban 2, di sini, antara 11 hingga 15 September lalu.
Bagaimanapun semua tertuduh berusia antara 18 hingga 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan pertuduhan itu ke atas seorang gadis berusia 22 tahun di sebuah unit pangsapuri di Seremban 2 di sini antara 11 hingga 15 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Sesyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika didapati bersalah.
Jagjit Singh membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM6,000 dan sebutan semula kes pada 20 Oktober depan.
Yang berani pegi ikut ke rumah jantan tuh apehal... jgn kata bila cakap mcm ni nak menyalahkan org pompuan, yang malaun merogol tuh (kalau betul rogol la), mmg la patut dihukum tp yg tuan badan cari pasal tuh kenapa?
mcm jenis org yang main merecun modified tuh la, bila dah meletup smpi putus tangan nak kesian mcm mana? dah tau bahaya, pi letupkan kat tangan apehal?