Kuala Lumpur: Empat mesin juruwang automatik ATM sebuah bank iaitu dua di di Subang Jayadan Petaling Jaya serta dua lagi di Johor Bahru digodam rakyat asing dipercayai dari Amerika Latin, menggunakan kad SIM telefon bimbit dan berjaya melarikan hampir RM1 juta, semalam.
Setakat ini polis mengesahkan jumlah wang tunai yang hilang daripada tiga ATM terbabit lebih RM830,000 manakala jumlah kehilangan wang daripada satu lagi ATM di Johor Bahru belum dapat dipastikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian di Lembah Klang serta di Johor itu dilakukan kumpulan yang sama.
Menurutnya, berdasarkan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota kumpulan itu mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.
Beliau berkata, suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan.
"Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.
"Kita akan siasat kenapa kumpulan terbabit hanya mensasarkan ATM satu bank sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Last Edit: Sept 29, 2014 10:48:14 GMT 8 by manjacat
Modus operandi kumpulan itu membabitkan penggunaan memasukkan cakera optik serta sekeping kad sim telefon pintar yang dimasukkan secara haram ke dalam mesin ATM yang disasarkan menerusi slot kemasukan kad yang disediakan.
pendek kata (mengikut pemahaman sesedap hati aku) :
(1) letak sim card dalam card slot ATM tersebut (2) sim card itu akan save semua password untuk jangka masa tertentu (3) lepas beberapa hari(?), penjahat pun guna semua password itu untuk kuarkan semua duit
Nah berita versi Berita Harian
KUALA LUMPUR: Sekumpulan warga Amerika Latin, disyaki mencuri wang tunai lebih RM1 juta, selepas menggodam sistem komputer mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik lima cawangan sebuah bank tempatan, di Johor dan Selangor, dalam tempoh 24 jam.
Mereka dikesan mengambil kesempatan cuti hujung minggu di Johor, untuk menggodam ATM milik cawangan bank berkenaan yang terletak di Taman Molek dan Jalan Kebun Teh, Johor Bahru serta Batu Pahat, pada Jumaat lalu.
Perbuatan itu diteruskan kumpulan terbabit apabila menggodam ATM bank sama milik cawangannya di Subang Jaya dan Petaling Jaya, kelmarin.
Suspek bergerak secara berkumpulan tiga atau empat individu, masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.
Modus operandi kumpulan itu membabitkan penggunaan memasukkan cakera optik serta sekeping kad sim telefon pintar yang dimasukkan secara haram ke dalam mesin ATM yang disasarkan menerusi slot kemasukan kad yang disediakan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati cakera optik dan kad sim itu dimasukkan kumpulan terbabit bagi mengumpul data dan kata laluan ATM untuk suatu tempoh.
Katanya, kumpulan terbabit kemudian kembali ke ATM berkenaan sebelum mengeluarkan semula cakera optik dan kad sim yang dimasukkan itu menggunakan alatan khas.
Post by Purple_Rose on Sept 29, 2014 15:45:18 GMT 8
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati cakera optik dan kad sim itu dimasukkan kumpulan terbabit bagi mengumpul data dan kata laluan ATM untuk suatu tempoh.
letak simkad dekat kad atm? camne dia link cip kad atm ke simkad?
itu ko kene tanye hacker tu lah once dah dapat tangkap... high chances loophole or backdoor problem software tu sendiri... atau ade orang dalam yang mahir IT leak loophole tuh... sebabnyer cume 1 bank je kan despite banyak ATM yang terlibat??

tula...aku rasa loophole... kad atm letak sekali dalam tu simkad... masukkan admin punya screen... copy ke simkad then kuarkan kad... g atm lain kuarkan duit...