Nad Zainal: Saya Kurang Bernasib Baik Dalam Cinta, Mahu Fokus Kerjaya
Baru baru ini, Hefny Sahad ada mendedahkan melalui satu temubual yang Nad Zainal merupakan cinta pertamanya sejak masuk dalam industri hiburan walaupun hubungan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan dan kini membawa haluan masing masing.
BACA: Akui Sudah Putus, Hefny Sahad Dedah Nad Zainal Cinta Pertama
Walaupun tidak pernah mengakui secara terbuka mereka bercinta sebelum ini, Nad Zainal turut mengakui yang beliau sudah kembali solo sejak dua bulan yang lalu dan tidak bernasib baik dalam soal cinta namun ianya bukan sesuatu yang merunsingkan dirinya.
“Kalau ikutkan sudah dua bulan saya solo, ikutkan perasaan itu tiada apa sangat memandangkan waktu sekarang ini saya lebih fokus dengan kerja. ?Memang saya kurang bernasib baik dalam cinta, kalau tengok rakan-rakan yang lain senang sahaja, tetapi tidak mengapa mungkin saya belum jumpa yang betul-betul serasi dengan saya,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Nad Zainal turut menambah beliau merupakan seorang yang setia dalam hubungan dan tidak kisah untuk menyekat dirinya dari mengenali orang lain kerana komited.
?”Saya kalau berkawan dengan seseorang saya akan komited. Saya sekat diri saya untuk kenal dengan orang lain. Tetapi mungkin selepas ini saya akan lebih selesa bercerita mengenai hubungan selepas semuanya betul-betul stabil,” tambahnya lagi. (rtky/m)
SUMBER UTUSAN MALAYSIA
Last Edit: Oct 18, 2014 17:59:32 GMT 8 by manjacat
emma maembong dah kapel nad zainal la next target tak pun keknis okay gak, kalau dapat buleh blagak dengan meran
anyway, back on topic rata rata semua macam kata "padan muke ko nad zainal" sebab dulu dia breakup dengan azwanbro azwan kombos sebab nak kat pakwe baru sekali dengan pakwe baru pun tak jalan gak
Last Edit: Oct 18, 2014 20:29:17 GMT 8 by manjacat