JOHOR BAHRU - Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya hari ini.
Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.
Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau. - Bernama
Post by DarkEmperor on Oct 18, 2014 22:44:48 GMT 8
i'll just leave it here...
DUNGUN 18 OKT: Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor yang mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini telah membongkarkan kisah sebenar kejadian dan dakwaan tersebut yang mana itu hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.
Berdasarkan soaldesak yang baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik. - Siakapkeli.com
Assalamualaikum dan selamat petang YDH DS/Datuk2/Dato2/Tuan2.
Update kes penculikan di mana salah seorang mangsa dapat lepaskan diri di Dungun Terengganu.
Soaldesak yg baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dgn pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa assignment. Beliau rangka jalan cerita dgn mengambil bas dari Johor dan turun di Dungum di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.
Saya dan seluruh JSJ Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dlm membantu JSJ Terengganu. Apa pun kisah di sebalik penipuan ini... kita telah" laksanakan the best for the worst situation/scenario" TERIMA KASIH BANYAK.
tapi siakap keli kata citer ni adelah gebang semata mata
DUNGUN 18 OKT: Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor yang mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini menerusi WhatsApp yang diterima Siakapkeli menunjukkan yang kejadian dan dakwaan tersebut hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.
Berdasarkan soaldesak yang baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.
Sekali tipu daa. Gile grand ko punye scheme penipuan bile tak siap assignment.. ~
Aduan culik sebagai helah
DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.
Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.
Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.
Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.
Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.
Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.
Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.
Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.
Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.
Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.
Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.
ape daaa punya bnyk cara menipu yg selamat, yg kompleks dan berisiko tinggi di amiknya...
paling mudah, pegi le cari MC... amik dlm 2 hari ke, pastu pulun la buat assignment..
ni dah le, kantoi, jadi kes polis, dari satu subjek problem paling kuat kena repeat lani dah ble kena buang terus, dari malu sendiri, skrg malu mak bapak...
nak buat jahat pun kena la smart.. kekekeke
or better even, jgn buat jahat langsung la... kekekek