Baru baru ini media ada melaporkan berita gembira yang mana pelakon kontroversi Hanez Suraya kini sudah diterima kembali berlakon dalam sebuah telefilem selepas beberapa bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon kerana, ya kontroversi lama.
Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram beliau, ramai peminat yang tidak sabar menonton kembali kelibat Hanez Suraya di televisyen menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar namun ada pula berita kurang gembira diterima.
Hanez Suraya telah diganti oleh pelakon lain untuk watak yang sepatutnya beliau lakonkan.
“Sebenarnya saya sudah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak yang saya bawa akan digantikan dengan pelakon lain”
“Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tidaklah perlu saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” ujarnya kepada Kosmo!.
Betul seperti kata beliau, masih belum ada rezeki nampaknya untuk pelakon ini kembali beraksi di kaca televisyen dan mungkin sampai masa untuk beliau meninjau pasaran Indonesia pula seperti saranan seorang penerbit drama. Hmm. (rtky/m)
kesian. lepas kawin lu jadik lisa Surirumah ajelah Hanez Suraya tak penah lagi wa jumpe sorang retis yang begitu ramai orang anti macam lu. kesian.. susah kan hidup glemer. muka cun pon belom tentu berjaya