Taman Tema Angry Birds Dibuka Jumaat Ini Di Johor Bahru
Selepas Hello Kitty dan LEGO dua jenama besar membuka taman tema di Johor, kini giliran jenama permainan video popular Angry Birds untuk tampil dengan taman tema versi mereka pula yang akan dibuka secara rasmi Jumaat ini.
Taman tema dalam bangunan Angry Birds ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan para pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship di taman yang terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC, Johor Bahru itu.
Tiket berharga RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60. Taman tema aktiviti Angry Birds ini akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
So, bila xbdn nak buat trip pegi taman angry bird plak ni