Percayakah anda Mat Yo mengesahkan yang beliau akan menyertai ATM musim depan? Pada pendapat peribadi saya, disebalik satu manifestasi kekecewaan terhadap apa yang dilaluinya sepanjang musim ini di JDT, ini adalah satu langkah segar dilakukan oleh Mat Yo untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya. Selepas Hashim Mustapha, Dolah Salleh, Azman Adnan, Khalid Jamlus dan Irfan Ghani, boleh dikatakan Mat Yo lah penyambung terbaik generasi pemain offensive berkaliber yang negara pernah saksikan. Untuk mendapatkan pemain seperti Mat Yo ni ibarat menunggu nama Melaka di kaitkan dengan kejayaan dalam bola sepak, sungguh sukar sekali, mungkin dalam sekali dalam 5-6 tahun. Siapa yang tidak mengenali Mat Yo, Mat Yo telah beraksi bersama pasukan kebangsaan hampir di setiap peringkat umur, bakatnya telah dikesan dan di asah sejak bangku sekolah lagi. Mat Yo mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang pemain bola, memiliki larian yang deras, gelecekan yang menghiburkan, tendangan yang padu, penyudah yang tajam tak lupa juga kemahiran membiarkan bini memarahi pak guard. Pernah digelar "King Of Linesman", "The Linesman" & "The Lord of The Line" kerana beberapa kali menyajikan aksi menggelecek di tepi garisan padang, yang paling diingati 2 assist Mat Yo kepada Safee dan Ashaari ketika final AFF Suzuki Cup 2010. Tetapi apa yang diperagakan Mat Yo ketika final Piala Malaysia yang lepas, bukanlah Mat Yo yang kita kenali, mungkin segala masalah peribadi, kontroversi dan terlalu lama di seat recaro membuatkan Mat Yo hilang arah dan tiba-tiba jadi bangang bawa bola sampai keluar garisan (rujuk rajah di bawah).
Umum mengetahui antara sebab Mat Yo berhijrah ke ATM adalah untuk mengembalikan prestasi lamanya dan meletakkan dirinya kembali antara pemain yang disegani di Malaysia. Bak kata pepatah perjalanan seribu batu dimulakan dengan satu langkah, hubungan mesra berpuluh tahun dimulakan dengan satu poke di facebook, sengsara seumur hidup hilang dara secara haram dimulakan dengan look around di wechat. Begitulah juga Mat Yo, jadikan pentas AFF Suzuki Cup 2014 ini sebagai langkah pertama untuk mengembalikan era kegemilangan yang pernah kamu kecapi selama ini, semoga MVP Player Of The Year 2015 menjadi milik Norshahrul Idlan Talaha dari pasukan ATM! Sekian, #‎InMatYoWeTrust -Penganalisis bola sepak amatur, Ismail Senik.
Pahang dan kelantan xnak letak 3 bintang kat logo dorang ker..?
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.