skarang ni player ni jadi rebutan 3 team team pahang: (team diraja sultan pahang) team johor: (team diraja sultan johor) dan team kedah: (team anak Tun Mahathir)
semua orang tau kut, bapak mukhriz tu di zaman kegemilangannya sultan pun dia tarak takut
ok. sambung citer.
Gary sepatutnye report kat FA kedah berdasarkan daripada surat pelepasan asal tapi dia pegi gatal sign dengan pahang lepas tu tukar plak sign dengan JDT
Sepatutnya balik Kedah, tapi pergi sign kontrak dengan Pahang, tiba-tiba muncul di majlis memperkenalkan pemain JDT dan training dengan JDT.
Kalau alasan bersama JDT untuk karier, tampak macam tak logik sebab di posisinya sekarang (defendsive midfielder), sudah ada Shakir Saari, Junior Eldstal & Hariss Harun. Kalau di Pahang, saingannya hanya Hafiz Kamal memandangkan Faizol Hussin dah pindah ke JDT2.
rumusan kes Gary telah dirumuskan di sini
1. FAM putuskan Gary Steven Robat milik FAM, bukan milik Kedah sebab Gary diambil dari SSBP bukannya dari skuad presiden Kedah. (Tiba-tiba jadi milik FAM). 2. Gary kena gantung 3 bulan, denda RM50,000 3. JDT kena denda RM100,000 kerana sign kontrak tanpa persetujuan FAM. 4. Pahang tak kena denda walaupun sign kontrak tanpa kebenaran FAM sebab FAM tu dulu bapakkk dia punya, sekarang abangggg dia punya. 5. Jadi semua kontrak yang disign dengan Gary dikira terbatal. Sape-sape yang nak sign kontrak dengan Gary boleh bincang lepas Gary tamat penggantungan. 6. FAM bangang, habis cerita