AFF dah habis next international match, adalah Sukan SEA kalau tak silap aku, dalam sebulan lebih je lagi.
ok, berbalik kepada Liga Super 2015. undang undang baru, setiap pasukan boleh turunkan 4 pemain serentak bukan macam last year, cuma 3 je buleh ada atas padang, sorang lagi kena simpanan.
ni berita semalam di mana FAM sekali lagi menjadi tumpuan ramai yang komplen kata FAM tunduk kata kuasa yang berduit @ JDT.
ok. aku rasa maybe korang blur blur sket. biar aku citer sket background. youth player daripada setiap pasukan akan direkrut masuk dalam harimau muda Sebelum sebelum ni, okay je semua player team Harimau Muda A masuk balik dalam team asal diorang
tahun ni, apebila timbulnya isu Gary Steven Robbat di mana beliau infamously signup dengan JDT padahal sebelum tu dah signup dengan Pahang dan lagi best, sepatutnye Gary otomatik masuk kedah since beliau masuk Harimau Muda daripada kedah.
so bila kes ni masuk mahkamah FAM tetiba diorang kuar statement, player ex-Harimau muda cuma OPTIONALLY masuk negeri asal.
Saya kecewa dengan sikap sesetengah ketua editor dan produser sesetengah media cetak dan elektronik di Malaysia yang kerap kali gagal untuk menyampaikan berita-berita positif yang telah dilakukan Johor Darul Ta'zim untuk pembangunan bola sepak tempatan, contohnya seperti perjanjian usaha sama kami bersama gergasi Jerman dan England iaitu Borussia Dortmund dan Manchester City, pembangunan akar umbi, akademi seluas 35 ekar di Kulaijaya, fasiliti sedia ada, sumbangan kepada mangsa banjir dan banyak lagi tetapi sebaliknya mereka memilih untuk mensensasikan setiap peristiwa remeh yang membabitkan pasukan JDT.
Kami mendapat liputan yang lebih baik daripada media asing berbanding di negara kita sendiri. Sebagai contoh, usaha kami untuk meningkatkan pembangunan bola sepak tempatan telah disampaikan secara meluas oleh rangkaian televisyen Jepun, sedangkan dalam masa yang sama pula kami terus diserang dan dijadikan sasaran sebaliknya oleh sesetengah media tempatan.
Adakah Johor bukan sebahagian daripada Malaysia? Adakah terdapat kempen peribadi untuk menjatuhkan Johor Darul Ta'zim, atau kerana keluarga Diraja Johor tidak pernah memberikan sebarang penganugerahan seperti pangkat Dato' kepada mereka? Sikap tidak profesional seperti inilah merupakan antara faktor negara kita tidak akan maju.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor