dua tiga page pesbuk dah share mende ni jadi aku pun nak share jugak la semoga menjadi ikhtibar kita bersama
"Salam admin saya nak mintak tolong sangat2 ni.. saya ada beli emas 999.9 seberat 200gm dengan harga RM35k dari sorang kawan saya ni.. saya beli dari tahun lepas lagi, lepas tu dia cakap boleh dilaburkan dan akan dapat pulangan setiap bulan.. saya percaya kat dia sebab kenal lama, saya bagi dan cuma 2 bulan je dia bagi.. lepas tu dia cakap emas dah tak boleh jual sebab harga jatuh.. kena tunggu stabil baru ada hasil.. sampai la sekarang saya tunggu dia masih bg jawapan yg sama..
pagi ni saya tergerak nak pegi tengok sendiri office dia, rupa-rupanya office tu tak wujud pun..dari pagi tadi saya call berpuluh kali tak jawab2, sms tak balas dan whatsapp pun tak balas padahal last seen ada je.. mohon admin sebarkan supaya orang lain tak tertipu.."
baru ni.. ada beberapa kawan mintak pendapat aku berkenaan pelaburan emas.!
aku jawab smple saja - kalau rasa tak sayang duit.. masuk lah!
orang offer macam2 janji manis .. sbb nak melepaskan diri mereka yg dah lama tersepit!
once mereka dah terlepas.., now kau lah penanggung kerugiannya..
macam2 cara.. ikut tertangguh lah.. terlambat lah.. ter macam2 lah..
aku pun malas nk faham.. ! pada aku .. kalau satu urus niaga.. nampak begitu kompleks. sampai nak kena tanya ustaz tu .. ustaz ni.. halal ke tak .. haram ke.., aku mmg takkan ambik tau..
sbb setau aku.. pelaburan patut nya straight forward..
kalau kau sampai nak kena study pelbagai formula trigonometri utk menunjukkan bahawa ianya akhirnya mengungtungkan.. mmg pasti merugikan akhirnya..
kalau nak beli jugak.. beli utk simpan.. lama.. ! bukan beli utk berharap harga akan naik..
semua komoditi sedang mengalami saat yg tak terduga.. ..
harap sapa yg dah melabur dan masih dalam kerugian! kalau dlm tangan korang tu ada 'emas'nya.. seketul.. sama berat seperti kau beli dulu.. syukurlah! at least nilai emas tu ada dalam genggaman..
kalau yg melabur pakai kertas tu! korang ambik kertas tu .. ambil segelas air.., koyakkan kertas tu kecil2 dan masukkan kertas tu dalam gelas air tadi.., kacau air tu.., dan teguklah air tu sekali nafas! maka kini badan kau ada nilai emas tersebut! .. dan ia akan keluar sebentar lagi .. (jgn marah! ianya metafora utk mengatakan kertas tu tak berharga.. dan emas sebenar semakin jauh meninggalkan kau)
mende pelaburan emas ni, geng geng opismate lama aku ramai gak yang join dulu ada la diorang citer kat aku tapi memandangkan aku pun tak berminat jadi aku pun dengar pakai sebelah mata jelah
bagi aku, kalau mamat member tu betul member la kan watpe la nak sampai tak berbalas mesej kol pun tak angkat
ko nak takut ape.. lainlah kalau ko penjual emas tu aku assume member dia ni beli emas atas risiko sendiri.. ke aku salah?
lain la kalau member tu nak pow duit ko ke untuk ganti balik emas yang dia beli tu... of course, unless member tu bagi RM35k untuk beli emas dia pegi joli duit tu
kalau dah sampai opis pun tipu, ade can mamat ni dah kena main dengan kawan sendiri
Beli, simpan dan jual balik xde masalah.. yg jd masalah ialah beli guna pinjaman arrahnu (manipulasi arrahnu) atau beli tp x dapat emas, sebaliknya djanii imbuhan bulanan mcmmkt atas tu. Genneva punya skim
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
aku rasa, skim yang ko beli emas, tapi emasnye orang lain yang simpan adelah skim yang bangang. patutnye kalau ko beli emas emas tu ko yang simpan kalau ko nak jual anytime ko boleh jual