Post by manjacat on Nov 4, 2014 23:10:01 GMT 8
bapak la sedih cerita ni....
budak baru 16 tahun plak tu
kesian abah dia, tunggu dia balik tak muncul muncul...
Berita asal:
Terengganu, 2 Nov - Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Ahmad Rafikin Azman dikhuatiri hilang selepas
menyertai satu perlumbaan maraton di kawasan perkelahan Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu petang semalam.
Bapa kepada pelajar berkenaan,Azman Othman, membuat laporan polis pada pukul 6 petang setelah dia dikesan tidak menghabiskan maraton yang disertainya.
Sebelum membuat laporan polis, Azman telah memaklumkan perkara tersebut kepada penganjur setelah dia gagal menemui anaknya. Sepatutnya, pelajar berkenaan dijemput oleh bapanya pada pukul 3 petang.
Kesemua 32 peserta lain kecuali pelajar berkenaan telah menghabiskan marathon
Sebelum itu, Azman memaklumkan penganjur kerana gagal menemui anaknya, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di Kuala Terengganu yang sepatutnya dijemput pulang pada pukul 3 petang.
Menurut wakil Urusetia maraton berkenaan, Mohd Rafi Kori, Ahmad Rafikin hanya melepasi 'checkpoint' pertama trek maraton tersebut yang sejauh 12 km.
Program maraton tersebut dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terenggau dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.
Kini, operasi mencari pelajar berkenaan sedang giat dijalankan
Update Terkini
Operasi mencari dan menyelamat Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang sejak sabtu lalu ketika menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu diakhiri dengan penemuan mayatnya pada jam 6.35 petang tadi.
Operasi mencari dan menyelamat adik Rafikin melibatkan 130 anggota pasukan penyelamat pada hari pertama tetapi tidak membuahkan hasil. Pada hari kedua, 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu membantu operasi ini dan kawasan pencarian diluaskan sehingga jarak satu kilometer dari laluan asal adik Rafikin dilaporkan hilang.
Operasi pencarian yang membabitkan kawasan darat dan juga persisiran sungai berakhir setelah mayat adik Rafikin ditemui di kawasan pokok.
kawasan mayat ditemui
Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.
Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.
Adik Rafikin merupakan seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud.