macamane pengiraan topup selepas GST? Ada yg bleh jelaskan x?
beli topup pakai kad akan maintain harga... kalau topup 10,bayar 10... GST dikenakan kepada 3rd party service ie 7e,petrol station,online hatta topup dari handphone... kalau topup 10,bayar 10.60
Gamers concerned about GST affecting their hobby should note that things are not so clear cut. Physical versions of games sold in stores, along with the consoles and PCs, are subject to the 6-percent tax; but it appears that games bought online are not. Perhaps it’s time for us all to go completely online.
Early checks on digital download platforms like Steam, Origin, and the PlayStation Store have revealed that prices are unchanged for Malaysians. This is likely because these services do not originate from within the country, and downloading the game does not count as importing it. Which is good news for gamers who prefer shopping online.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini menyaksikan berlaku peningkatan harga terhadap beberapa barangan yang sepatutnya tidak dikenakan GST.
Tinjauan Bernama berhubung harga barang di beberapa pasar borong dan kedai runcit sekitar ibu negara mendapati harga bahan seperti ikan dan sayur-sayuran meningkat walaupun ia diklasifikasikan sebagai berkadar sifar GST.
Seorang pesara Mohd Zuki Md Yatim, 50, berkata beliau mengesan berlaku kenaikan harga ikan di sebuah pasar borong.
"Sebelum ini satu kilogram ikan kembung dijual dengan harga RM14, namun hari ini ia dijual dengan harga RM17 sekilogram," katanya.
Beliau berkata walaupun tanda harga menunjukkan ikan itu tidak dikenakan GST atau berkadar sifar, namun berlaku peningkatan harga yang ketara sehingga memaksa beliau mengehadkan jumlah pembelian.
Peniaga di sebuah pasar basah, Rosminah Kaylan, 60, berkata harga borong bagi beberapa jenis bahan mentah naik dalam masa beberapa hari lalu.
"Misalnya satu kilogram halia yang saya biasa beli berharga RM45, tapi semalam harga sudah naik kepada RM48 sekilogram," katanya yang mahu penguatkuasaan ditingkatkan bagi memantau golongan peniaga yang mengambil kesempatan atas pelaksanaan GST.
Bagaimanapun seorang pembeli Yow Kok Chaw, 50, berkata pelaksanaan GST tidak begitu memberi impak besar terhadapnya.
"Caj GST yang dikenakan hanya sedikit sahaja dan tidak mendatangkan kesan yang besar terhadap perbelanjaan bulanan saya," katanya di sebuah pasar borong di Wangsa Maju.