Kita tgk camne azmin and the geng nak lawan. Ke sekadar cakap kosong, macam tin kosong. Kemon azmin. Lim guang ang tanak follow ke? Skang ni ada 3 negeri bawah PR. Apa kata ketiga-tiga negeri ni tolak GST.
Hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan peniaga dalam sektor perhotelan dan restoran untuk tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan berkuatkuasa hari ini.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata mereka terbabit hanya boleh mengenakan caj perkhidmatan jika mempunyai perjanjian bersama (collective agreement).
"Perkara ini tertakluk sehingga ada satu polisi baru yang mengawal selia caj perkhidmatan di negara ini," katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan sebentar tadi.
SHAH ALAM - “Kami terpaksa ikat perut,” itu antara luahan mahasiswa universiti selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai satu April lalu.
Menurut seorang pelajar yang kini menuntut di sebuah universiti di Selangor, Mohd Fahmi bin Ahmad, 24, berkata, dia terpaksa ikat perut kerana harga makanan di kafe tempat penginapannya naik mendadak.
“Baru-baru ini saya makan malam di kafe, apa yang mengejutkan saya harga sepinggan nasi lauk seketul ayam, telur dan air limau ais berharga RM8.50.
“Harga itu saya rasa sangat melampau, sepatutnya harga makanan di kafe tidak perlulah setinggi itu, kami hanya pelajar, yang hanya mengharapkan bantuan PTPTN dan ibu bapa,” katanya kepada Sinar Online.
Dek kerana itu, katanya dia terpaksa berjimat kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang.
“Dulu boleh makan tiga kali sehari, tetapi memandangkan harga makanan sudah mahal saya makan sekali atau dua kali sehari.
“Kadang-kadang saya ‘terpaksa’ berpuasa kerana duit yang ada perlu digunakan untuk membeli barang keperluan lain seperti buku, alat tulis dan kelengkapan diri yang lain,” katanya.
Sementara menurut Latiff Karim, 21, yang juga menuntut di universiti yang sama berkata, dia juga ‘mengalami nasib yang sama’ seperti rakannya itu.
“Saya juga terpaksa ‘ikat perut’, kerana tidak mahu menyusahkan keluarga untuk meminta wang lebih, mereka juga susah.
"Saya juga 'kurang makan'... selalu berpuasa sekarang... dan kalau hendak makan saya memilih menu ‘nasi bujang’ (nasi putih, telur dan sup kosong), sebab itu sahaja hidangan yang saya rasakan murah.
“Tinjauan saya juga mendapati harga kedai makanan ‘mamak’ yang ada di sekitar kawasan saya juga naik harga, dulu dalam RM7 saya boleh dapat tiga menu tetapi sekarang berkurang menjadi dua menu,” katanya.
Oleh itu jelasnya, dia akan membeli mi segera dan biskut bagi memastikan dia tidak kelaparan.
“Simpanan mi segera dan biskut sentiasa saya sediakan, nilai duit sekarang bukanlah besar,” katanya.
Sementara itu menurut pelajar swasta di Negeri Sembilan, Mohd Zulhelmi Zainal Abidin,24, dia juga sentiasa ‘beringat’ tentang GST.
“Walaupun harga makanan di tempat saya masih sama, tetapi saya perlu sentiasa beringat.
“Memang harga sama, tetapi peniaga makanan kurangkan dari segi kuantiti…kadang-kadang perlu juga ikat perut, sebab nak beli buku dan sebagainya,” katanya.
Manakala menurut seorang lagi mahasiswa swasta di sekitar Selangor, Zainal Abidin Hanafi, 24, berkata, dia terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaannya di universiti.
“Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST.
“Saya tidaklah sampai ‘ikat perut’ sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5,” katanya.

meanwhile IP6 tergenggam erat ditangannya ketika ditemu bual lol... okeh ini hanya teori konspirasi trolololol...
cukur kedai makan and mamak aku selalu lepak xde kenakan gst... awal2 aku dah tanya ada gst ke tak?? takde... kalau takde harga menu sama or naek?? sama... ok aku still jadi pelanggan korang...
else macam brader burger tepi jalan... aku cakap pasneh takmo beli lagi dah kat gerai abang... sebab pi naekkan harga setiap menu sebanyak 20sen-40sen...
Last Edit: Apr 6, 2015 23:34:28 GMT 8 by DarkEmperor
okay, yang ni sedih. dah le semua kene cukai sampai charge bungkus pun kene cukai gak ok la. to be fair, cukai bungkus is 2 sen je tapi bila aku tengok balik resit ni, aku cuma mampu gelak..
KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) KFC Malaysia dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dipuji.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengunjungi restoran KFC Simpang Renggam hari ini memuji syarikat berkenaan atas usahanya itu, kata KFC Malaysia menerusi satu kenyataan.
KFC Malaysia berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mematuhi peraturan GST, kata Naib Presiden Kanannya Ling Mee Jiuan.
GST yang berkuat kuasa 1 April, menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan syarikat itu.
"Pelanggan kini membayar jumlah yang sama atau kurang menerusi GST berikutan harga beberapa makanan pilihan sudah dikurangkan," katanya.
tapi yang bestnya, pengguna sendiri komplen harga KFC baru je naik pastu komplen lagi ayam kecik
ntah la aku jarang makan KFC walaupun KFC banyak je dekat dengan umah aku aku kalau makan KFC selalu tak habis ayam tak lalu so aku rasa macam banyak la sebenarnye ayam dia takde la ayam kecik..
Actually dh naik meluat bila pi beli sana sini tauke cakap "kita x gst kt kedai kita..kita mau lagi ramai dtg". Walhal rege dh naik seblum tu..semlm beli kasut sek anak2. Sepasang dh lebih rm35-40 brand Bata.. Daiso kedai 5 hinggit dh jadi kedai rm5.30.. well well